08 December 2015

PruBSN Platinum vs ASB Loan

Ini adalah artikel untuk sekadar perbandingan dan bukan bertujuan untuk menganggap sesuatu produk itu lebih baik drpd produk yg lain dan sebaliknya. Kedua-duanya adalah sangat berbeza. Tetapi biarkan kerana ini adalah hasil kajian saya sendiri. Sesiapa yg ingin share silakan. Sesiapa yg ingin gunakan atau re-publish bagi tujuan promosi, saya izinkan tetapi dgn syarat tolong bagi kredit pada blog saya (http://ajimdisini.blogspot.my/).

Sesiapa yg ingin informasi selanjutnya boleh hubungi saya:

Muhammad Hazim, 012-3874446 (Call/SMS/Whatsapp)


Apa itu PruBSN Platinum?


Ini adalah pelan takaful yg memberi perlindungan takaful, simpanan dan pelaburan. 
  • Sum assured akan dibayar pada tempoh matang
  • Anda akan dibayar setiap tahun berdasarkan peratusan drpd sum assured sehingga sampai tempoh matang
  • Anda juga  akan dibayar jumlah daripada akaun pelaburan anda pada tempoh matang
  • Boleh pilih tempoh perlindungan : sehingga 55,60,70 atau 80 tahun
  • Boleh pilih tempoh sumbangan : 5,10,15 atau 20

*Klik pada gambar untuk besarkan

Sebagai contoh Ahmad yang membeli pelan Platinum ini seperti di bawah:
  • Umur pada harijadi akan datang : 30
  • Nilai Sum Assured : RM30,000
  • Bayaran sekiranya cacat kekal : RM30,000
  • Bayaran mati akibat kemalangan : RM30,000 + RM30,000
  • Tempoh matang : 25 tahun (pada usia 55)
  • Sumbangan bulanan : RM1569.00 selama 5 tahun shj. 
Jumlah sumbangan boleh dikurangkan kepada RM784 sekiranya memilih tempoh 10 tahun atau kurang lagi dgn tempoh yg lebih panjang (dgn syarat minimum sumbangan sebanyak RM500 setiap bulan).
*Umur dan jenis pekerjaan menentukan jumlah sumbangan yg berbeza

Jadual 1

Lihat jadual 1 di atas
  • Jumlah sumbangan yg Ahmad bayar adalah sebanyak RM94,140 selama 5 tahun
  • Pada tempoh matang Ahmad akan dibayar anggaran sebanyak RM170,836 berdasarkan senario -2 (jadual 1)
  • Bukan itu sahaja, Ahmad telah dibayar RM600 pada setiap tahun sehingga tahun ke-10, dan RM1200 setiap tahun pada tahun ke-11 hingga tahun ke-25. Ini menjadikan jumlah yg Ahmad telah terima selain nilai diatas ialah sebanyak RM22,800. (jadual 2)
  • Sekiranya Ahmad memilih utk tidak menerima cash payout pada setiap tahun, wang tersebut akan dikumpulkan ke dlm akaun dan jumlah yg Ahmad akan terima pada tarikh matang ialah RM210k.

Jadual 2




LOAN ASB

Andaikan Ahmad membuat loan ASB sebanyak RM200k selama 25 tahun. (jadual 3)

Interest rate: 5.0%
Bayaran bulanan : RM1169.18 
Jumlah bayaran setahun : RM14030.16

Katakan Ahmad hanya membayar selama setahun sahaja. Pada tahun kedua dan seterusnya Ahmad menggunakan dividen untuk membayar loan tersebut. Dan Ahmad mengambil keputusan utk menamatkan loan selepas tahun ke-5 iaitu pada awal tahun ke-6.

Cash value yg Ahmad akan terima ialah sebanyak RM22839.63 (jadual 4)
Dividen ASB (anggaran 7% per year) yg telah Ahmad terima ialah RM14k (dividen akhir tahun ke-5)
Jumlah yg Ahmad telah terima pada tahun ke-6 = 36839.63
Untung bersih selepas tolak modal (belum tolak kos bank) = RM22809.47

Jadual 3

Jadual 4


PruBSN Platinum

Jadual 5

  • Sekiranya Ahmad memilih utk membuat sumbangan dlm Takaful Platinum, beliau telah membayar sebanyak RM94,140 pada akhir tahun ke-5.
  • Pada tahun ke-6 beliau tidak perlu membayar apa-apa lagi.
  • Beliau tetap menerima cash payout pada setiap tahun sehingga tahun ke-25
  • Beliau dilindungi dgn jumlah pampasan (yg dinyatakan di awal artikel tadi) sekiranya berlaku kecelakaan dan waris boleh mendapat pampasan sehingga tempoh matang
Lihat jadual 5 apa yg terjadi kepada akaun Ahmad pada tahun ke-5
  • Cash value yg beliau ada ialah RM 76,152 (senario 2) atau RM70,426 (senario 1).
  • Ini tidak termasuk cash payout tahun ke-2 hingga ke-5 yg beliau terima sebanyak RM600 x 4
  • Ahmad dibenarkan utk mengeluarkan wang daripada akaun simpanan bermula tahun ke-4 dgn syarat beliau meninggalkan baki RM10k di dlm akaun MaxiShield dan IUA
  • Sekiranya Ahmad membuat keputusan utk mengeluarkan wang beliau pada akhir tahun ke-5, beliau boleh membuat pengeluaran sehingga RM39,000 (berdasarkan perkiraan saya). 
  • Baki wang tersebut akan dilaburkan dan terkumpul di dlm akaun (accumulate) sehingga tempoh matang.
  • Sekiranya Ahmad membiarkan sahaja wang tersebut tanpa membuat pengeluaran, beliau akan menerima jumlah seperti di jadual 1.
  • Untuk laporan kewangan fund yg disediakan boleh rujuk di website https://www.prubsn.com.my/PruBSN/download.jsp?sm=fr atau hubungi saya terus di:- Muhammad Hazim, 012-3874446 (Call/SMS/Whatsapp)

PruBSN Platinum vs ASB Loan
Perbandingan tempoh 5 tahun

Sebelum itu, kenapa saya pilih 5 tahun dan bukan 10 tahun?

  1. Kerana 5 tahun adalah tempoh yg paling cepat. Lagi cepat habis bayar, lagi senang utk fikirkan pelaburan lain pula. Yang penting beli pelan perlindungan jangka panjang/persaraan dahulu. Selepas itu, nak buat loan ASB pun tak mengapa.
  2. Sekiranya tempoh sumbangan ialah 10 tahun, jumlah sumbangan bulanan ialah sebanyak RM784. Pada akhirnya tetap membayar jumlah sumbangan yg sama iaitu RM94k. Sekiranya ada kekangan kewangan bolehlah pilih tempoh yg lebih panjang.

Apa konklusinya utk perbandingan 5 tahun ini?

  1. ASB loan memerlukan modal yg lebih kecil iaitu RM14k++ pada tahun pertama (dgn anggapan dividen akan bayar utk tahun seterusnya)
  2. Platinum memerlukan modal yg lebih besar iaitu RM18k++ setahun, jika sumbangan selama 5 tahun shj
  3. ASB loan menghasilkan wang sebanyak RM37k++ pada awal tahun ke-6
  4. Platinum menghasilkan wang sebanyak RM76k++ pada awal tahun ke-6 dgn RM39k boleh dikeluarkan (withdrawal)
  5. Jumlah sumbangan bulanan pada Platinum adalah kekal sama dan tidak terikat kepada Base Rate semasa dan sebagainya.
  6. ASB loan boleh jadi utk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Bergantung kepada target yg ingin dicapai dan teknik yg digunakan.
  7. Platinum adalah pelan simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dgn fleksibiliti utk bayaran jangka masa pendek.

    Saya mengalu-alukan anda utk hubungi saya sekiranya perlukan maklumat lanjut atau mengadakan temujanji bagi penerangan yg lebih terperinci.

    Terima Kasih




    3 comments:

    1. asb jugak ade insurance kan.. klu kite wat loan utk 200k so skalo dgn insurance. berlaku tpd or death so kite or waris akn dpt 200k plus dividen sbb insurance akn cover hutang kite dgn bank. dan klu kire utk 20 tahun akn dtg so base on 7% dividen kite boleh dpt hampir 1.5 juta.. so mana platinum lg bagus interm of investment? sekadar berfikir sejenak.. tlg bantu saya

      ReplyDelete
      Replies
      1. encik kena tengok pada terma insurans utk asb tersebut. Tahun pertama kalau berlaku kematian/TPD, pihak insurans akan bayar 20% shj drpd nilai loan. tahun kedua 30% .... selepas tahun ke-5 barulah insurans akan cover 100% nilai loan tersebut.

        Delete
    2. kenapa x buat comparison ASB (compounding interest) dan PruBSN Platinum? sebab payment bulanan berterusan sama macam PruBSN Platinum

      ReplyDelete

    http://www.emailcashpro.com